Followers

Wednesday, October 5, 2011

Ingatkan 5, rupenya 4s jer


KOrang semua faham tak dengan ape yang GKA cakap nie.... Sure sape-sape yang tengah simpan budget untuk mendapatkan gadget terbaru daripada Apple tahu awal-awal lagi ape maksud GKA kan?? Tapi korang semua jangan sedih la k...Walaupon dari segi luaran tidak nampak perbezaan, tapi dari segi dalaman anda semua jangan lupe k...Bagi GKA luaran tak penting,dalaman tue yang lagi penting...Iphone terbaru daripada Apple yang ramai mengatakan tahun nie akan keluar IPhone 5 rupe-rupenya anggapan ramai orang meleset kerana Apple hanya mengeluarkan IPhone 4s iaitu peningkatan untuk iphone 4 mereka...More Inside..


 
Untuk iPhone 4s ini, Apple telah menaik taraf processor iPhone 4 kepada A5 yang digunakan dalam ipad2 sebelum ini.dan ini memberikan keupayaan pemprosesan yang berganda dan grafik 7x ganda daripada iPhone sebelumnya.


Antara peningkataan yang lain ialah pada kemeranya yang menggunakan 8MP daripada 5MP sebelum ini.Ini membolehkan iPhone 4s ini menangkap gambar dengan keupayaan yang lebih tinggi dan kadar kecerahan sehingga  73% lebih cahaya dengan lens f/2.4, 5 ini.



iPhone 4s ini juga secara teorinya mempunyai kemampuan download sehingga 14Mbps berbanding 7.3Mbps sebelum ini...Tapi GKA rasa kat malaysia nie susah nak capai tahap internet nie...
Untuk iPhone nie juga,terdapat pengecaman suara yang dikenali sebagai Siri...Ia boleh mengenali suara arahan daripada kita ( agak menarik nie)...
Last sekali,ini berita sedih kepada semua rakyat Malaysia kerana iPhine terbaru ini hanya kan dapat kita beli mungkin pada bulan Disember jer...Kerana Malaysia tidak tersenarai dalam list pertama dan kedua penghantaran...So sabor jelaaaa,kumpul-kumpul dulu la k

2 comments:

MalizaMah said...

ip 5 yg digempar gempur tu tak ada lah... hihihi

GKA said...

yuppp,sian sape yang tunggu2...tahun depan la kot

GKA VIDEO BUSUK