Kali nie GKA agak rajin nak update blog tentang buah-buahan yang pelik k...Korang pernah tengok tak buah-buahan GKA kat bawah nie?? Mesti ada yang pernah tengok and ada yang tak pernah bukan...JOm kita usha jom
Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini sangat berharga.
Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupunpun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi. More bawah ni