Followers

Thursday, July 12, 2012

Pernah Korang Lihat Buah nie??

Kali nie GKA agak rajin nak update blog tentang buah-buahan yang pelik k...Korang pernah tengok tak buah-buahan GKA kat bawah nie?? Mesti ada yang pernah tengok and ada yang tak pernah bukan...JOm kita usha jom

 Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini sangat berharga.

 Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupunpun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi. More bawah ni


 Dulse tumbuh di pantai utara lautan Atlantik dan Pasifik. Buah ini kaya dengan mineral, vitamin dan protein yang tinggi. Ia tumbuh melekat pada batu-batuan di Irlandia, Islandia dan Atlantik Kanada. Buah unik ini memiliki daun besar, berwarna merah mawar atau merah ungu. Pelik tapi benar,ia dapat dimakan secara terus  dari batu tempat ia tumbuh. Penduduk Islandia memakan buah ini bersama dengan mentega, tetapi ia juga dapat digunakan dalam sandwich, sup, pizza, dan lain lain.

 The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant, monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya dapat mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.

 Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.

Hehehe ini nama dia buah namnam atau nama saintifik dia Cynometra caulifora. Ia juga dikenali sebagai buah **** anjing sebab mungkin kerana bentuknya. Hehehe **** itu anda teka la sendiri ape. Rasanya masa, dan kononnya mempunyai banyak khasiat. Kayu pokok ini sering digunakan untuk buat gasing manakala buahnya biasa dijadikan bahan rojak atau jeruk dan juga sedap dibuat sambal kononnya.

1 comment:

zulhilmi tempoyak said...

kat malaysia ad buat durian.. dorang kt plik.. hmmm

GKA VIDEO BUSUK