Followers

Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

iPhone 5 Release

Apple.Inc??
Korang tahu tak??

Kalo tak,korang tak tahu memang tak tahu GKA nak cakap ape....Sekarang pon masih panas lagi pasal kes saman di mahkamah pasal paten yang menyebabkan samsung terpakasa membayar ganti rugi kerana dikatakan meniru paten yang telah dibuat oleh syarikat Apple. Tapi bukan itu yang GKA nak share dengan korang k.

GKA nak share dengan korang pasal produk terbaru yang akan dilancarkan oleh Apple iaitu iPhone 5. Serata dunia menunggu pengumuman daripada Apple bila ia akan dilancarkan,macam mana rupanya,spesifikasinya?? Semua itu mesti bermain-main dalam fikiran korang bukan?? GKA pon excited jugak,kalo ada rezeki jom kita sama-sama beli k.

Nie GKA sertakan buat korang slide show iPhone 5 yang tersebar...GKA wish it same with what it reveal


Tuesday, April 24, 2012

Telefon masa depan

handset dan jam tangan...syoknya kalo ada nie,
it's cool...

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis dan bentuk handset yang berada di pasaran...Pembuat handset juga pelbagai sekarang dengan yang paling topnya iaitu Apple, Samsung, Sony hinggalah kepada Nokia yang semakin dilupakan sekarang gara-gara tidak menyokong software pada masa sekarang iaitu iOS atau android... Tetapi terdapat pelbagai inovasi yang telah berlaku pada reka bentuk handset pada masa sekarang di mana terdapat pelbagai prototype yang mengujakan yang akan memacu industri telekomunikasi pada masa akan datang...Sama ada ia akan dipasarkan atau prototype semata-mata...Jom kita usha reka bentuk prototype handset nie k, cun pon ada...cekedout!!!
Mmm...macam da ada sekarang

Wahhhh!! nie best nie, nipis dan rekabentuk pelbagai...cun jugak kan

Thursday, December 15, 2011

Projection 4D yang seksi

GKA terpegun jugak la dengan projection yang diorang buat nie...Ianya dibuat semasa Nokia melancarkan handset terbarunya iaitu Nokia Lumia...Di samping itu juga,mereka membuat pertunjukkan cahaya yang menggunakan Millbank Tower London sebagai latarnya...Perbagai aksi yang menarik yang telah dibuat,memang terpegunlah...JOm kita tengok sama-sama video ini...



Pelancaran Maxis iPhone 4s


Seperti korang semua tahu, syarikat-syarikat telekomunikasi kita bersaing untuk mendapatkan pelanggan dan memberi pelbagai tawaran untuk pakej iPhone 4s terbaru yang akan di dijual mulai 16 Disember ini...Tapi sedey,GKA tak dapat beli satuuuu,waaaaaa!!!!...Erkkk sori,emo plak GKA nie...So kepada pelanggan maxis yang di jemput ke pelancaran iPhone,bolehlah kunjungi KLCC Convention Centre ...Registration rasanya bermula pukul 7 petang hari ini...So sesiapa yang invited oleh Maxis datang la awal2 k... GKA bagi korang sneek peek persiapan Maxis untuk pelancaran untuk pakej iPhone 4s...Jeng3x!!!!,more picture bawah nie

pintu masuk ke exhibition hall 1

 Sepanjang foyer Exhibition hall 1 & 2
  

Thursday, October 27, 2011

Jam Ipod Nano

Korang dah ada jam??? 
Nie GKA nak promo jam daripada ipod...Bergaya, multifunction dan semua ada padanya...Korang tengok jam nie,sure berkenan punya,kalo boring boleh plak dengar muzik...

GKA begitu teruja dengan jam daripada ipod nie...Memang bergaya beb,teringin nak beli satu tapi fulus GKA dah kering nie...So apa kata korang,cantik tak??




 


Friday, October 14, 2011

Demam IOS 5


Lepas blackberry mengalami masalah,kali nie pengguna iPhone pun mengalami masalah... Ianya gara-gara IOS 5  yang keluarkan oleh Apple...Pada pemilik iPhone memang lebih mengetahui masalah yang di hadapi kerana mengkin diorang merupakan salah sorang yang mengalami masalah untuk mendownload IOS terbaru  daripada Apple....More info bawah

Wednesday, October 5, 2011

Wanita pentingkan rupa

Adakah anda semua sokong??? GKA sokong lar jugak (jangan marah yeeee)...GKA sokong sebab ada bukti yang menyatakan bahawa perempuan memang begitu...Dalam kes nie GKA nak bagitahu pasal handset... Seperti yang korang semua tahu, handset digunakan dalam perbagai cara seperti untuk bisness, entertaiment, fesyen, stail dan sebagainya mengikut kegemaran penggunanya....Ada pendapat mengatakan yang perempuan hanya mementingkan warna daripada kelebihan yang lain yang ada dalam handset tersebut...Ia di buktikan bahawa terdapat sesetengah model handset dikeluarkan khas untuk golongan wanita untuk memikat hati mereka....Antaranya handset kat bawah nie:

1. Sony Xperia Mini Pro 
Model ini merupakan model yang paling menarik dan kelihatan seperti kaca dan mempunyai Qwerty keypad....Bentuknya yang seakan-akan bola rugby semestinya akan menarik ramai golongan wanita...More model bawah...


Ingatkan 5, rupenya 4s jer


KOrang semua faham tak dengan ape yang GKA cakap nie.... Sure sape-sape yang tengah simpan budget untuk mendapatkan gadget terbaru daripada Apple tahu awal-awal lagi ape maksud GKA kan?? Tapi korang semua jangan sedih la k...Walaupon dari segi luaran tidak nampak perbezaan, tapi dari segi dalaman anda semua jangan lupe k...Bagi GKA luaran tak penting,dalaman tue yang lagi penting...Iphone terbaru daripada Apple yang ramai mengatakan tahun nie akan keluar IPhone 5 rupe-rupenya anggapan ramai orang meleset kerana Apple hanya mengeluarkan IPhone 4s iaitu peningkatan untuk iphone 4 mereka...More Inside..

Sunday, September 18, 2011

5 Headphone terbaik di pasaran


GKA pasti korang semua ada headphone kan?? Yela untuk dengar muzik, menonton video ker or sekadar perhiasan...Tapi pada masa sekarang terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan headphone nie...Susah gak nak pilih mane yang ok kan....Antara jenama yang berada di pasaran adalah Sonic Gear, Logitech, Altec Lansing dan banyak lagi la jenama yang terkenal lain....Tapi yang nie GKA dapat info tentang 5 yang terbaik kualiti audionya....Korang nak taw brand ape, JOm tengok kat bawah nie :

Best premium - Sennheiser MM550 Travel - RM1711.39
Headphone @ Headset ini hanya sedikit saja yang tidak boleh dilakukannya dan ia benar-benar satu fenomena dengan dilengkapi teknologi wireless Bluetooth untuk di padankan dengan gadget sepeti iPhone, Ipod atau mp3 player yang mempunyai fungsi bluetooth. Headphone ini sangat selesa apabila di pakai kerana ia betul-betul ketat ke atas telinga dan mengurangkan gangguan bunyi daripada luar. Ia juga di lengkapi dengan microfon untuk menjawab panggilan dan terdapat butang unutk meningkatkan bass berhampiran headset sebelah kanan ini. Headphone ini juga dapat di lipat untuk anda bawa ke mana-mana dan semasa dalam kapal terbang terdapat juga sambungan wayar di sediakan.

Thursday, September 15, 2011

10 Most Powerful Computer

Korang semua tahu tak komputer ape paling laju di dunia??? Kalo korang tak tahu korang kena tengok kat bawah nie....Komputer kat bawah nie pernah memegang komputer terlaju di dunia taw...Kita start dari tahun 1970-an hingga sekarang....Jom layannnn..

CRAY-1
Cray-1 merupakan supercomputer terpantas yang telah di pasang di Los Alamos National Laboratory in 1976.Cray-1 ini berkemampuan memproses 160 million floating-point operation per second. Versi pertama Cray( Cray-1A) beratnya 5.5 tan.

CRAY-2 
Dilancarkan pada 1985, supercomputer ini memegang status terpantas pada 1985-1989. Cray-2 berkemampuan untuk mencapai kelajuan 1.9 Gigaflop. Cray-2 dibina adalah untuk Jabatan pertahanan US. Di sebabkan ia menggunakan  penyejuk cecair, ia di namakan 'Bubbles'.

Tuesday, September 6, 2011

Buat pakaian menggunakan Spray

GKA tertarik dengan video nieh...Memang teknologi sekarang semakin canggihlah...GKA cakap camni sebab  kalo korang semua tengok video nie, sure korang semua terpegun dan nak buat sendiri pakaian jugak....Ape yang korang perlu ada hanya spray nih, pastu korang rekalah pakaian mengikut kreativiti korang semua k....Kalo korang terer giler bley buka butik sendiri and kalo pergi camping pon tak payah lor bawak baju....Bawak jer spray nih....Kalo dah ada kat pasaran sekarang GKA nak belilah, tapi GKA nak nasihatkan janganlah korang pegi buat pakaian yang mencolok mata dah la k...Nati free-free jer kitaorang cuci mata bersih-bersih...heheheeee





GKA VIDEO BUSUK