Followers

Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal dunia




GKA : Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.
 
Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Jom kita sedekahkan al fatihah buat arwah

Sunday, September 18, 2011

Pesawat pejuang terhempas


Tragedi ini berlaku dekat US semasa pertunjukkan udara di Nevada....Pesawat ini telah terhempas di kawasan VIP Reno Air Races..... Antara yang terkorban ialah juruterbang pesawat P-51 Mustang...Daripada gambar korang semua dapat lihat impak yang terhasil apabila pesawat tersebut terhempas.... Di jangkakan lebih ramai yang cedera atau terkorban kerana ada sesetengah penonton ke hospital dengan sendiri....Videonya GKA baru tambah kat bawah,korang kena buka full nak tengok video k

GKA VIDEO BUSUK