Followers

Monday, July 16, 2012

Pembuka Botol Yang sempoi


Pembuka botol sangat penting dan berguna dalam kehidupan seharian, tanpa pembuka botol agak susah untuk menikmati minuman yang terkandung dalam botol berkenaan. Takkan la nak ketuk-ketuk botol tu sampai terbukak,kang pecah melepas nak minum. Nie GKA kongsikan dengan anda koleksi beberapa pembuka botol yang unik dan memang sempoi.
Pembuka Botol + Pendrive sangat sesuai bagi mereka yang geek.  Mungkin lepas ini ada pembuka botol + laptop atau pembuka botol + telefon.. 2+1 hohoho

Thursday, July 12, 2012

Pernah Korang Lihat Buah nie??

Kali nie GKA agak rajin nak update blog tentang buah-buahan yang pelik k...Korang pernah tengok tak buah-buahan GKA kat bawah nie?? Mesti ada yang pernah tengok and ada yang tak pernah bukan...JOm kita usha jom

 Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini sangat berharga.

 Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupunpun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi. More bawah ni

GKA VIDEO BUSUK