Followers

Thursday, July 14, 2011

Gasing zaman sekarang

Pertama sekali GKA nak tanya kat korang semua, korang taw tak ape tu gasing??? GKA harap korang taw la,kalo xtaw nie kes berat niehhhh....Tapi tak ape, hari nie GKA rajin nak bagitahu kat korang ape itu gasing...
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
GKA faham kalau ada yang tak tahu pasal gasing nie sebab zaman sekarang mane ada orang nak main gasing da even kat kampung pon jarang-jarang dah yang main...Tapi GKA rasa kalau sebut beyblade ramai yang tahu kan??? Sebab budak-budak zaman sekarang membesar dengan kartun yang main gasing nihhhh

Tapi GKA cukup kagum sekarang sebab Gasing pon tak terlepas daripada mengalami evolusi serasi dengan zaman sekarang... Korang taw knape GKA cakap camni??? Sebabnya GKA ada tengok video ni,gasing zaman sekarang siap ada remote control tuuuu...canggih betul la...Nak jer GKA beli satu nak main gak...JOm kita tgk caner Gasing remote control jom





2 comments:

cik tehaa said...

tak reti main gasing. kalau main kita yg terpusing.. bkn gasing tu :p

GKA said...

nie cik tehaa jadi gasing,kes berat nih

GKA VIDEO BUSUK