Followers

Friday, July 8, 2011

Kereta terbaharu BMW dalam Mission Impossible 4



LOS ANGELES - Siri keempat filem aksi Mission Impossible yang dibintangi oleh aktor Tom Cruise akan memaparkan penggunaan kereta mewah dan berteknologi tinggi, sebuah kereta BMW i8.
Syarikat automotif BMW telah mengesahkan bahawa kenderaan futuristik i8 hibrid elektrik diesel itu buat pertama kali akan muncul dalam filem tersebut.
Paparan treler filem Mission Impossible: Ghost Protocol menunjukkan kereta BMW i8 tiba di Hotel Ritzy, Dubai iaitu lokasi penggambaran filem itu manakala pelakon pembantu, Paula Patton dengan penuh bergaya keluar dari bahagian penumpang.
Kereta BMW i8 yang berharga AS$160,000 (RM481,679) memberikan pemanduan penuh dengan gaya hebat.
Cruise memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem tersebut.
"Jika anda adalah perisik Ethan Hunt, kenderaan ini sememangnya sesuai di sisinya. BMW i8 menjanjikan kelajuan dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh lima saat.
"Kereta itu dikuasakan dengan 328 kuasa kuda diesel-elektrik yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 249.45 kilometer sejam manakala bahan api pula 100.58 kilometer untuk 3.78 liter. Dalam erti kata lain, ia merupakan kenderaan perjalanan jauh yang sempurna," jelas pihak BMW. - Agensi


sumber : kosmo online







3 comments:

pandangkedepan said...

gilo ko apo harga kete ni...17 keturunan x habis bayar...:P

SyAmSuL AnUaR said...

wow..menarik..harga mahal siot...

Fazri said...

sory saya sudah pesan 2 tuh mobil ;)

GKA VIDEO BUSUK