Followers

Monday, October 13, 2014

10 Alat Prmainan Kanan-kanak Yang Telah Diharamkan Didunia

Hari ni GKA rajin nak share dengan korang semua pasal alat permainan. Korang mesti pernah main mainan masa kecik2x, favourite GKA dulu-dulu ialah kereta sampai siap mengamuk nak beli kereta tamiya yang famous tu.

Tapi for today,GKA share dengan korang permainan yang telah diharamkan dijual kerana tidak mematuhi keselamatan untuk kanak-kanak. Ada yang mengakibatkan kecederaan malahan ada yang menyebabkan kematian. Disini 10 alat permainan kanak-kanak yang telah diharamkan (banned) di dunia


10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle




Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.


9. Aqua – Dots


Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.


8. Sky Dancers Flying Dolls


Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.




7. Easy Bake Oven – Hasbro


Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007


6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel


Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.


5. Battlestar Gallactica Missile Launcher


Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu


4. Chicken Limbo Party Time


Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006


3. Clackers


Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981


2. Mini Hammocks – EZ Sales


Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996


1.Jarts – Lawn Darts


Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.

No comments:

GKA VIDEO BUSUK